Tom Clancy's Net Force
Tom Clancy's Net Force

Tom Clancy's Net Force


Tom Clancy's Net Force ("Pasukan Rangkaian Tom Clancy") ialah sebuah siri novel yang dicipta oleh Tom Clancy bersama Steve Pieczenik serta ditulis oleh Steve Perry; ia diterbitkan pada tahun 1998. Siri ini berlatarbelakangkan tahun 2010 dan mencartakan tindakan-tindakan Pasukan Rangkaian (Net Force), sebuah agensi persekutuan yang ditubuhkan untuk memerangi jenayah internet yang semakin bertambah. Siri ni ditujukan kepada para pembaca dewasa, manakala siri berkaitnya Net Force Explorers yang mengikut pengembaraan sebuah pasukan tambahan remaja kepada Net Force pada tahun 2025 ditujukan kepada pembaca remaja yang lebih tua.Novel ini menceritakan tentang sebuah dunia yang perisian realiti maya mudah didapati dan amat canggih. Manusia boleh mempergunakan topi keledar serta sarung tangun untuk mencapai laman web dan berkelakuan seolah-olah mereka sebenarnya di sana.Konsep awal untuk Net Force disebut secara tidak langsung dalam novel Op-Center ketiga, Games of State. Memandangkan bahawa Pasukan Rangkaian dicipta oleh kedua-dua tokoh yang sama dengan siri Pusat Operasi, latar novel ini boleh dianggap sebagai berlaku di dalam alam sejagat yang sama. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang hubungan langsung antara kedua-dua siri ini yang dapat disimpul.